KAWAN²

Friday, June 19, 2009

Edisi penutup kisah DURIAN..



Aku tak pasti samada ini kisah penutup atau bukan. Barangkali ini kisah penutup PART 1.

Yang ni pulak aku nak cerita pasal jemputan makan durian. Ahaa.. bukan nak jemput korang. Sila jangan perasan in advance ye.

Bila durian sudah gugur, aku pun mula pasang niat nak jemput kengkawan datang beramai makan durian. Aku selalu berharap agar dapat tengok kawan² makan durian di bawah pokok. Pastu durian jatuh trus kutip dan makan. Aku selalu bayangkan situasi itu. Tapi kan, kalau durian jatuh hempap pala.. lantak.. apa aku kesah? Sila jangan maki aku ye.

Penah dulu aku jemput kawan ofis aku dtg makan durian. Sendiri mau maklum la ye.. durian tu mana boleh dipetik. Aku pun kutip.. kumpul.. kutip.. kumpul sehinggalah satu bakul. penuh Ni punya semangat nak ajak kengkawan datang ni.

Sampai masanya.. satu batang hidung pun tak muncul. Abis durian bebanyak tu nak buat apa? Buat aku mandi? Sangkak betul. Mak aku pun agak kecewa, aku apa lagi lah?

Aku tak kecewa. Batpe nak kecewa. MARAH tu memang pasti ada.

Pastu musim durian tahun lepas pulak. Aku buat open house. Macam² aku masak. Menu spesel, puluh cicah serawa durian. Ni PURE punya serawa. Tanpa sebarang campuran. Aku jemput kawan² datang. Kawan opis aku tak jemput. Aku dah blacklistkan. Tu pun tak ramai yang datang memunculkan diri.

Sejak dari itu, musim durian bakal melanda rumah aku tahun ni.. aku belum rasa nak ajak sesapa datang pun. Kalau rasa² nak datang tu.. Bagitau je. Ada takde buah durian.. lain cerita. Tapi kalau ada rezeki.. Insyaallah durian tu akan gugur menyambut korang.

Sekian, kisah durian aku.




14 comments:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Siannya xde org dtg.Xpela...sedekah kat tupai jer la...kih kih

DramaQueen said...

diulangi, bila mak kita nak kasi deroyan nih...kita tgu lama weh....

sekian..

lariiiiiiiiiiiiiiik!

yg benar,
adik bradik hangkat ko..

Shahrizan Salian said...

Nak datang boleh? Bagi la alamat, boleh berkenalan ngan sanak keluarga pinky skali :D

Hidup KOKA said...

Untie Pinkiss....

nak makan durian............

Karbon Kopie said...

tiap kali bace gue sakit ati..ekekekeek..nak durian gak!uuuuuwaaaaa.... ;(

AQisH said...

tin..klu u x nak ajak..i kiv ole2 bandung..

pinkiss said...

mfj:
lebih afdal kan?

giggle:
yang benar,
adik beradik panggg! ko.

shahrizan:
datang kena bawak 7 biji caldina.

koka:
eceh.. sejak bila pulak ko jadi anak buah aku.

mrsJ:
hahah.. sila la ajak mrJ balik mesia. jgn lupa coklat DAIM gua.

aqish:
tin oii.. sila la dtg ye. bwk bas mini u tu.

Azure said...

ada jugak org yg dijemput dtg makan durian tp tak pegi?

aku nih tungguuuu je la org jemput

Ladybezz said...

i'll be there bebeh..

alladiin said...

ampunkan je lah diorg tu...

Diana Ishak said...

aku tak boleh nak bantu perabiskan durian ko sebab aku mmg tak boleh makan durian. Kalau aku makan, aku akan transform jadi optimus prime.
Series, sorry la.

lavidalabelle said...

aku suka makan aiskrim durian. pun sodap!



p/s: insyaallah kalau free nak je menyibuk dtg rumahmu ituuuuuu xD

Anonymous said...

salam..

teringin gak nak dijemput..
hehehe

- entry yg tak malu nih !
salam kenal.first time singgah.

pinkiss said...

azure :
dorang tu mmg hawau.

ladybezz:
ko sure datang. aku tau tuh.

alladiin:
dah lama dah gua kasik hampun dorang tuh.

green apple:
haha.. geng ngan aku. sesama x makan durian.

belle:
BR ada rasa durian ke beb? eh, sila la datang ye nanti.

abanglong:
sila jgn malu2 kalau singgah di blog ini. lalala..