Aku rasa minggu aku nak buat kisah pasal durian je. Saja nak bakar sesapa yang suka durian.. Aku? apa aku kesah.. aku tak suka durian. Takdela aku terbakar.. Lalalaaa..
Bila musim durian bermula. Akan tumbuh putik² dan seterusnya diikuti dengan bunga. Maka akan rasa seperti di luar Malaysia. Ye.. seperti musim bunga gitu.
Memang best.. tapi bila bunga tu gugur.. penuh dah satu laman.. sekeliling rumah (sekeliling??) Maka akan berpeluh la ketiak aku menyapu bunga² itu. Dan anak² buah aku akan menyarungkan bunga²an tu umpama cincin di sepuluh² jari dorang tu.
Itu musim bunga.. Bila bunga itu dah gugur, maka ia bertukar menjadi buah durian yang kecil. Kecil.. besar sikit.. besar sikit lagi.. Bila buah tu tak jadi, ia akan gugur. Kanak² akan kutip buah tu dan dorang main jual² durian pulak. Dilonggok².. selonggok seringgit katanya. Nak beli, kena bayar dengan daun durian. Hahaha.. all is about DURIAN.
Bila buah dah besarr.. 3/4 masak.. Kami harap dahan tak patah. Sebab pernah dulu lebih 20 biji durian gugur sebab dahan tak dapat menampung kapasiti berat durian itu.
Bila durian dah gugur.. inilah saat yang aku tak SUKEEEE..
Aku mencik bau²an durian. Keliling aku semua ada durian. Setiap sudut ada je buah durian. Tak suke.. tak suke..
Satu lagi.. ni tak suka.. tapi aku rela. Aku kena antar durian kat kedai. Ni bapak aku yang suruh. Sebab tu aku rela. Maka.. kereta aku akan dipenuhi oleh durian. Dah berbau durian. Aku akan bawak kereta dengan memecut kelajuan yang semaksima mungkin. Bior cepat sampai.. Cepat la buah tu keluar dari kereta aku.
Lepas tu.. aku akan buka semua pintu kereta.. Kasik bau²an itu berambus. Eii.. rasa cam nak beli satu lori kecik je khas untuk antar durian. Aku takmo keta aku jadi mangsa.
Satu perkara yang aku suka bila musim durian, iaitu rumah aku akan sentiasa dikunjungi. Aku cuma tengok je mereka makan. Dan.. aku tengok sambil tutup hidung.
Bayangkanlah ye..
ps - lepas ni ada lagi cerita pasal durian.. tunggu tau..
18 comments:
tin..i nak gi rmh mkn durian tu..u tgklah kitorg mkn sambil tutup lobang idong mu itew ehh..;-)
sah mmg byk durian ni!
durian... nakkkkk! bleh x anjurkan hot parti durian kat umah pinkis ;)atau sambil hantar hantar durian tu kat kedai.. poskan sekali bleh x? hikhik
Uish...nak durian~
gua suka guli,makan gua suka gak durian....biji bijik gitu
gua suka guli,makan gua suka gak durian....biji bijik gitu
Nak durian.............
semua org cite sal duyan huhu
aqish :
i nak tutup mulut u dengan kulit doyan.
kv :
sah, mmg sah.
luvluv :
mana ada parti hot durian. parti buih sabun ada ler.
mfJ :
nak doyan? meh la singgah.
gua :
biji durian tak sama ngan guli la.
koka :
hmm.. nak ke? tak leh..
si lampu neon :
dah citer pasal durian..
owh!skang musim durian ek?dengki nyer.. ;(
ko ni sebenarnya 'alien' kann kannn, aku suspek sih xD ngahahaha
'alien' je yg tak makan durian ;p
smlm je kete aku dh penuh bau durian. hurm. tension. aku tak dpt bayang'n ko.
mrsJ:
sila la jeles eh.
belle:
aku adalah 'alien' yg cumil yg suka sayuran. lallaaa..
zeela:
takyah bygkan la. teruk rupa aku time tu. huhu..
gua suka durian sebenarnya tapi kalo durian tu berbau ayam goreng kfc ker, of couse gua akan makan.. walaupun teman orang perok, idok ler teman terlior dgn dorhian deme..
Eh, eh. Sama pulak kita tak makan durian mentah2 sbb bau mcm hanyir. Tapi i boleh makan pulut durian dgn tempoyak. best :D
wa memang tak makan durian .........yg busuk, yg muda, yg belum beli dan yg jatuh dlm pagar org...
xpuasati:
jom makan kfc?
shahrizan:
eh, tetiba je sama.
alladiin:
give me five la. tak makan durian gak.
macam komen aku yg sebelum ni, sila berkongsi dgn jiran sebelah ni ye... tolong ye.. kalau tak, aku serangggg..... macam terminator... wakakakaka...
Post a Comment