KAWAN²

Thursday, April 23, 2009

Money = Duit, Duit takde = Mengong


"Eh, mana pegi not RM10 aku ni? Pagi tadi ada je kat dalam purse. Adoila.. mana nih??"

Itu adalah saat sebelum aku pegi lunch tadi. Cari not 10 ringgit. Rupanya aku letak kat coin purse pagi tadi time nak beli bihun. Dah lupa..

Macam ni la keadaannya kalau haribulan dan melebihi 20. Panik semacam je kalau tak jumpa duit. Ingat je mana letak saki baki duit tu. Tau je mana terselit duit tu.

Lain pulak kalau haribulan baru bermula. Sampai tak tau mana letak duit. Dalam purse ada, dalam coin purse ada.. kat poket pintu keta ada.. kat ruang tengah keta ada.. Boleh dikatakan setiap pelusuk memang ada duitlah.. Itu belum lagi kat poket seluar. Dan tentu ada 20-30 ringgit tertinggal.


Bila bawak anak² buah pulak.. "ha, amik je apa korang nak..". Tak kira berapa jumlah jajan yang dorang amik..Tak kisah.. bayar je..

itu time awal bulan..

Time bulan dah nak abis..

"Ha.. korang tunggu je kat keta.. auntie turun beli jajan". Tak pun.. "harini takyah gi kedai la eh.. duduk rumah je main game.." Hahahaa..

Adoilaa... cepat la gaji..




13 comments:

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

gaji cepat...

nak gi jepung nih~

Hidup KOKA said...

"ha.. korang tunggu je kat keta.. auntie turun beli jajan".


Nak jajan...........

i.am.belle said...

haha aku pun mcm tu, aku selalu selit duit kat merata lepas tu hjg bulan korek kat mana tempat yg aku ingat xD

Pettoo said...

Duit dalam mesin basuh,celah almari,bawah katil pun aku kutip bila tarikh 20hb menjelang. Sungguh seram bila sampai tengah2 bulan.

FADHLINA said...

aku pun seram2 sejuk ni nak tunggu gaji.. dah le kereta asik rosak jek..

F A R Y N said...

aku pun tgh seram2 sejuk ni...
hahahahaahaa

pinkiss said...

zara - cepat la mai gajik..

koka - jom, auntie banjer jajan cap roka.

belle - kat selit mana ko jumpa bulan ni?

pettoo - byk gak ko punya tempat selit gak eh. leh tiru ni.

fadhlina - ko seram sejuk. aku seram panas.

faryn - ko tu seram sejuk sebab lain. aku tau tuh.. larrriikkk!

GiGGLe GaL said...

haih ..aku cam lebi kurang si belle jak.. klu duit banyak.bersepah kat dlm poket suar..poket beg..poket sana ..drawer sini.. bila time dah duapuluhan ni jak.. aku korek satu2 tempat yg terselit.. hehehe

i.am.belle said...

aku paling suka selit duit dalam petiais.haru tak. hahahaha xD aduyaiiii

blur4791 said...

aku nk jadik anak buah bleh?heheh..dpt makcik kiut miut ..baik ati plak belanje2..ajak jln2..eerkk dh terbodek blum?kehekehe

pinkiss said...

giggle - banyak la ko punya selitan eh..

belle - apa? petiais? celah mana tu ko selit?

blur4791 - err.. bodek tu apa?

i.am.belle said...

yg kat tempat letak telur tulah xD

blur4791 said...

bodek tu
B uat
O rang
D iawang2an
E ngkau
K enyang perut
hahahah..bila nak men'shushi'loh