KAWAN²

Saturday, April 11, 2009

Kekuatan.. akhirnya kau muncul jua..


Sesak rasa dada bila menyimpan satu perasaan dalam hati tapi belum mampu untuk dilafaz. Jiwa rasa resah, hati rasa gundah. Kekuatan untuk meluahkan perasaan itu belum kunjung tiba.

Sesak sungguh rasa dada ini.. Lama dah aku simpan perasaan ini dalam karung di sudut hati aku. Karung yang terikat rapi, belum mampu untuk dibuka.. Apatah lagi dikeluarkan isinya..

Ye.. itu adalah kisah semalam..

Entah kenapa.. entah bagaimana..

Kekuatan itu menjelma..

Hari ini.. telah aku luahkan isi hati, perasaan yang aku pendam. Perasaan kasih yang semakin lama makin menebal di hati aku. Rasa kasih aku pada dia.

Aku mulakan dengan kiasan dah diakhiri dengan pengakuan.. Ye.. telah aku luahkan. Perasaan yang telah ku pendam sekian lama.

Karung yang terikat rapi kini telah dibuka.. telah dirungkai akan isinya.

+ atau - ??

Itu aku tak ambil peduli.

Yang penting..

telah ku sampaikan segala maksud isi hati aku.

ps - ini perasaan aku terhadap seorang lelaki. jangan ada yang tanya laki ke perempuan. ada yang kena pangggg! nanti..


9 comments:

Hidup KOKA said...

first?

yessssss...........

Hidup KOKA said...

first?

yessssss...........

Hidup KOKA said...

first?

yessssss...........

a.b geldofg said...

aku sudi mjadi pgisi hati mu

hehehehe

blur4791 said...

oii aku nak letak mana:-)

heheheh

pinkiss said...

koka - hahaa.. yelah ko menang.

abgeldofg - dalam hatiku ada kamu.

blur4791 - ada je ni. aku letak sebelah aku ni.

i.am.belle said...

terlerai sudah kekusutan. bravo!

Poyo said...

Aku pun telah lama memendam perasaan ini. xtertanggung rasa hati ini.. Jiwa aku terseksa, batin aku menderita. Sesungguhnya Pinkiss, Ingin aku lafazkan padamu yang aku...




nak tumpang lalu je kat blog ni..
boleh ye.. boleh yee.. eh! nape pp ko tiba2 betuka wana merah ni..? (^_^)

pinkiss said...

belle - ye sudah terlerai itu kusut. nak gi beli kasut lak ni.

poyo - pipi aku pink sebenornya. tapi bila ko tumpang lalu, pipi dah jadi merah. hahhaa