KAWAN²

Friday, April 17, 2009

Lopek yang Berganda..


Lopek adalah satu perkataan yang biasa digunakan oleh anak² buah aku yang lelaki. Lopek bermaksud buruk, lowzy, hampeh dan mcm² lagi yang sama nilainya dengan tak best.

Lopek 1
Semalam, aku malas nak keje. Menyelinap gi rumah kakak aku kat port klang. (sila rahsiakan dari bos aku eh..) Pegi pusing² cari klinik untuk dapatkan MC. Malas nak layan bos aku karang dia kata aku ponteng. Nah! ambik kau.. aku ada surat MC. Jgn banyak cakap. Tp sebelum tu aku sms dia.. im not coming to office today coz not feeling well.. " dia reply "take care.." ayat yang dia dah compose dlm henpon.. boleh trus send tiap kali staff dia sms bgtau x sihat. (ini cuma andaian..)

Pegi satu klinik. Amatlah lopek. Takde staff kat kaunter pendaftaran. Doktor adalah staff. Dia la yang daftar nama.. dia la yang merawat aku.. dialah yg bgks ubat.. Lucu pun ada. Aku tanya dia.. takde staff ke? dia kata cuti. Pigidah..! Macam la aku tak tau dia tu takde staff. Selesai sudah, surat mc ada di tangan.

Lopek 2
Dah abis gi klinik, sementara tunggu anak buah aku balik dari sekolah agama, aku gi jengah satu CC. CC ni dimiliki oleh seorang makcik tempang. Keadaan rupa sekeliling mmg amat memuaskan. Bersih dan teratur. Aku cuba la surt internet. Gila babi punya slow. Rupanya speed dia cuma 7kps (kps tak pasti betul tak.. tapi angka 7 tu mmg betul).

Sementara tunggu page loading.. aku sempat la letak kepala kat meja. Lama gila weh.. Memang betul la CC ni lopek. Apa yang aku sempat buat.. cuma post entry aku sebelum ni yang sempat aku compose malam semalam. Kalau nak menaip entry.. sampai minggu depan la baru siap satu cerita. Patutla anak buah aku kata CC ni lopek. Eh.. camne dia tau eh..? Jaga dia nanti.. akan aku soal siasat apa ke jadahnya dia masuk CC ni. (harus..)

Kira² 15 minit aku duduk kat situ.. tiba² PPUUUPPP! blackout.. Aku pun bangun.. bayar singgit kat makcik tu sambil meninggalkan pesanan pertama dan terakhir dari aku untuk makcik itu..

"MAKCIK.. SILA TAMBAH SPEED MODEM DAN PASTIKAN BEKALAN ELEKTRIK MENCUKUPI.. UNTUK MENGELAKKAN CC NI SAYA BAKAR DI LAIN MASA."



13 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

yeay!!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hahaha~

aku first dan second..

yoyo..

black-out gitew..guna lebih tenaga lah itu~

DramaQueen said...

aku suka arr style berterus terang nko ni noni.. cukup direct..





sebab kekadang aku pon wat gitu gak.. la la la...

lavidalabelle said...

CC = BABI hitam

pinkiss said...

zara - ko ni tamak haloba la. nak 2 nombor pulak.

giggle gal - aku suka berterus terang secara halus.

belle - pandai betul ko mengeja eh.

a.b geldofg said...

barulah aku tahu makna Lope...tq2

zahidah dihaz said...

cc tu wat earth hour la...
hahahahahaahha...

Hidup KOKA said...

Ko tak diapa apakan ke masa black out tu? Nasib Baik....

TiNiE said...

wah..entry ko tetiba aku rasa superb lain macam plak kali ni..
tambah² tang part anak buah ko tu yg apa kejadahnyer dia masuk CC tu..
wakakaka sggh menggelikan tali pusat aku...

FARYN said...

kalau kat N9...
lopek tu lepat...
hahahaahhaa

Anonymous said...

kalau kt kelantan kopek tu...eh?sama ke?hahahahjalanjambuhahah

Ladybezz said...

kacimpoi la cc ituh.. aku masih terus berusaha nonimeng... sape jln jambu tuh?

pinkiss said...

abgeldofg - sama2 kasih.

zahidah - mgkn juga (sambil garu2 dagu)

koka - tak sempat nak pengapakan aku. sebab dia tempang.

tinie - aku dah buat investigation. dia nak main game perang2.

faryn - hahhaa.. ada sorang mamat kat kg aku panggil dia lepat.

anony aka blur4791 - aku tak tau bab negeri kelantan.

ladybezz - mari kita sesama berusaha.