KAWAN²

Friday, February 6, 2009

bukan niat aku nak jadi CNN...

aku takmo jadi pegawai beruniform. ceh.. silap taip pulak. (sila abaikan baris ini..)

aku ada kawan. tapi tak ramai. kawan pompuan tak ramai.. kawan laki.. pun tak ramai gak. kawan kat alam maya pulak, lebih kurang ramainya ngan kawan kat alam nyata. tak kira la, mana² alam.. alam damai ke.. alam budiman ke.. alam dan manusia ke.. aku tak kira. janji kawan.

aku tak kisah berkawan ngan orang yang bermulut puaka. cakap lepas. kutuk aku depan². biar puaka di depan.. jangan berpuaka kat belakang. kang dapat sebungkus cilake paling berpuaka dari aku.

satu lagi jangan nak banding²kan diri dia atau apa yang dia ada dengan aku. sebab aku adalah apa yang aku ada. jangan nak bandingkan boifren dia ngan boifren aku. dah sah² orang yang berlainan. so, mmg perangai yg berlainan.

statement menjeleskan aku chapter 1.

"eh.. bf i selalu ada je bila i perlukan dia.. i suruh datang.. dia trus amik i tau.. (pegi mampus!) kesian u, boifren u asik bz ngan keje je.." aku mmg menyampah tahap tembelek dengan statement tu. boifren aku tu time tu keje mis kat satu syarikat pengeluar keta. so mmg bz. tak serupa ngan boifren dia yg cuma keje ttuuutt.. (takmo nak rendah²kan orang..tak baik) konon je..

statement menjeleskan aku chapter 2.
bila dah kawin pulak.. "eh.. best tau dah ada husband.. bangun tidur ada orang kat sebelah.." (mcm dia sorang je bangun tidur ada laki kat sebelah..) "bila sakit kepala, ada orang tolong picit.." (eleh.. picit sendiri pun boleh..)

statement menjeleskan aku chapter 3.

bila dah ada anak.. "best tau ada anak sendiri ni.. dah lengkap je rasa hidup ni.. time keje pulak, asik ingat baby je.. tak sabar nak balik umah.. spend masa ngan baby and hubby.." bluekkkk..!

dalam menceritakan alkisah kebahagiaannya dalam pada yang sama menjeleskan aku dengan 3 chapter statement.. rupanya terselit perasaan cemburu dia kat aku. dia kata, aku ni bergaya (mmg pun..) ada kerjaya (boleh la..) ada keta cantik (mmg la..) body cantik (itu sudah gerenti..). itulah confession dia kat aku melalui sms yg dia hantar kat aku. korang rasa nak nak muntah? muntah je.. aku peduli hape.

bukan aku menyampah.. tapi aku tak suka kawan yang spesis macam ni. ya Allah, jauhkan la aku dari kawan spesis ini. bagi aku.. berkawan biar ikhlas.. baru lah usia persahabatan tu boleh bertahan lama.

betul kata boifren aku dulu. jangan kawan dengan minah ni. sebab dia ni umpama parasit dalam diri aku. tapi aku takmo dengar.. degil. padan muka aku..

ps - biar macam pelesit.. jangan macam parasit..



10 comments:

TiNiE said...

\o/ --->> angkat dua tangan sokong entry ni ssgt!!!

TiNiE said...

opps lupa plak dah lama nak tanya sebenonyer, tembelek tu apa???
tembelek = tenggiling kena gelek??

Hidup KOKA said...

Pinkiss...

Parasit ke pelesit ke .......
Tak Kisah!!!

Janji Gojes!

i.am.belle said...

tak payah layan. kau suruh dia kawan dgn monyet jer. kau kan club Diva mana boleh clubbing dgn monyet. muahaha

yanizan said...

hampes org cmturh!!! yg pasti bkn aku yg sms kt ko tu kannn..kan? kan?

abaikan...bnyk lg yg bleh di wat kawan...

AQisH said...

haa..i tau sapa kwn u tu kan tin..sian u mmg ternyata dia jeles ngan kegojesan u tin..eh dia kaco2 u lg ke..

NaD said...

dalam hidup ciknad pun ramai je manusia2 camni. ayat2 tu semua pun dok dengar sokmo. tu ayat cliche la kot? tah2 ciknad kawen nanti ciknad pun cakap camtu kat org takk?? hihihiihhi.

pinkiss said...

tinie - jangan ko angkat kaki sudah. tembelek = taik ayam cair.

hidup koka - aku pelesit kampung yang gojes.

belle - aku layan diva dgn datin je. wakakaa..

yanizan - mmg hampes kan? aku takde nombor henpon ko.tlg kasik.

aqish - jeles yang tersirat dan tersurat. i dalam proses nak tamatkan perkhidmatan dia.

nad - nak buat statement yg sama takde hal. tp harus dgn guna cara dan saluran yg betul.

Sweet Thinker said...

ayat2 klise. haha. menarik utk ditulis!

cikpedot said...

kesian ko daling.. sebab kene jumpa makhluk mcm ni dlm idop ko.. tapi aku pun jumpe ngan orang2 mcm ni gak, tiap2 hari lak tu.. sebab diorang ni jiran aku!!! uuuuwaaaaa