KAWAN²

Thursday, February 5, 2009

kau memang durjana..

KISAH BENAR..

"kita tak boleh bersama. kita terpaksa berpisah. mak i tak boleh terima u." kata² jejaka kepada si gadis yang masih terpinga² dengan keputusan itu. walaupun kasih, sayang dan cinta si gadis kepada si jejaka tanpa sempadan. sanggup si gadis mengenepikan lamaran² cinta dari jejaka yang ingin mendampinginya. kasihnya hanyalah pada si jejaka idaman hatinya itu.

dan.. mereka pun membawa haluan masing². walaupun berat, tapi harus diharungi. ye.. mengharungi hari² yg mendatang sendirian. hari² yang dilalui tanpa panggilan telefon, tanpa sms, tanpa makan bersama, tengok wayang dan shopping bersama si jejaka. arrhh.. amat sukar sekali untuk dilalui. setiap detik waktu berlalu dengan amat perlahan. pagi menunggu ke malam dirasakan amat lambat sekali. 2 bulan pun berlalu.

mereka seperti tidak dapat hidup tanpa satu sama lain. dan.. kasih mereka disambung kembali. menyambung kisah percintaan yang ter'hold' selama 2 bulan. menjalani kembali detik² seperti sebelum itu. detik² yang amat manis dan indah. bersama² dilalui dengan penuh kegembiraan.

awan mendung berarak lagi. sekali lagi si jejaka memberi alasan yang sama. iaitu ibunya tidak dapat menerima si gadis sebagai menantu di rumahnya. dek kerana si gadis dibesarkan oleh ibu tunggal tanpa suami disisi. bagai halilintar menyambar kepala otak si gadis. nasib baik tak hangus si gadis tu kan? hehee.. okey.. sambung balik cerita..

pasangan itu sekali lagi berpisah. berpisah untuk kali kedua. berpisah bukan untuk 2 bulan. tapi berpisah terus. si jejaka terus menjalani kehidupan seperti biasa. tanpa rasa sedikit pun bersalah di sudut hatinya. bagaimana dengan si gadis?

si gadis umpama dihempas ombak besar di tepi pantai. tercungap² dan lemas sendirian dan tergapai² keseorangan. hidupnya kini keseorangan. kosong. dalam hatinya berkata "bagaimana harus aku lalui tahun 2009 dengan bersendirian..tanpa kasih seorang teman yang bernama lelaki." niat di hati ingin sahaja keluar dari daerah. mencari pekerjaan lain dan meninggalkan daerah yang penuh dengan kepahitan. hidupnya kini amat keseorangan. boring, kosong.. segalanya terasa amat kelam dan mendung. tanpa sedikit rasa bahagia walaupun ramai teman lain cuba menggembirakan hatinya agar lupa akan peristiwa itu..

dan.. si gadis telah disahkan oleh doktor yang dia mengalami masalah kemurungan.

wahai si jejaka.. kau memang jantan LEMBIK lagi DURJANA!!

ps - mak aku bukan ibu tunggal.. sekian.



5 comments:

AQisH said...

kiranya ni bkn kisah sebenar penulislah yer tin kukuku..

TiNiE said...

tula, harap2 ini bukan kisah benar la kaknonie...kalau benar pun, org lain laa...

lavidalabelle said...

oit. no man no cry la beb! jantan sah hangsuang

alladiin said...

lelaki tu sebenarnya pun mcm sigadis tu gak..pasrah dan merana.. cuma lelaki lebih kepada memendam rasa, tak byk berckp, tapi dlm hati, Allah saja yg tahu.

Minami said...

macam kenal je watak pmpuan tu..mak watak tu ada warung kan?jantan tu mmg cinabeng...tah2 NONOK...wakakakaaka..