KAWAN²

Saturday, February 14, 2009

Kau Memang Durjana - Siri 2 (separuh akhir) -

setelah disahkan mengalami masalah kemurungan, si gadis merasakan bahawa dia harus meninggalkan daerah ini. tak sanggup lagi rasanya nak berpijak di tanah yang penuh dengan kedukaan. hari-hari yang dilalui tiada lagi rasa bahagia dihatinya.

si gadis telah berjaya mendapatkan pekerjaan di utara tanah air. notis letak jawatan dihantar dengan serta merta. hatinya telah nekad untuk menerima tawaran pekerjaan itu. walaupun harus meninggalkan si ibu tua berseorangan di rumah.

nasihat dan perhatian dari kawan tak diambil peduli lagi. soalan-soalan cepumas diajukan padanya. dapatkah kau hidup berseorangan.. tanpa keluarga dan kawan sepermainan sejak kecil. namun, dia tetap berdegil. hatinya terlalu keras dek kerana kekecewaan yang merundung jiwanya. si gadis memang sudah nekad.

sehari sebelum bertolak ke utara meninggalkan daerah penuh dengan kekecewaan, dia dengan sengaja melewati pejabat si jejaka. air mata terus mengalir tatkala terlihat kereta si jejaka yang diletak di depan pejabat. arrgghh.. amat mudah kau mengalir wahai air mata.. haruskah aku membazirkan air mata ku ini keranamu buat yang kesekian kali??

apakah akan ada langit cerah nan biru dan sihar bahagia buat si gadis di tempat barunya itu nanti? nantikan kisah selanjutnya.

ps ~ pandangan aku kelam sebab lapar.



4 comments:

bell said...

apakah ini??? benakku keliru dengan sandiwaramu.

TiNiE said...

ko terus terbit novel jer la kaknonie...senang sekali harung baca

pinkiss said...

bell - benakmu bukan benakku.

tinie - aku kena stop memblog la camni.

cikpedot said...

durjana tu flight ke utara ke....