KAWAN²

Wednesday, February 18, 2009

Terima Kasih.. sama-sama..


Kaki aku ni kecik dan runcing. eh. ada ke kaki runcing? arrgghh.. blasah je la. mungkin sebab dulu aku gi skool naik basikal. jauh gak la. lebih kurang 4.45 km jauhnya. aku skool sesi petang. pegi tghr, balik petang. kayuh.. kayuh.. dan kayuh.. nak naik bas, tak brapa nak cukup pulak duit belanja yang mami n dedi aku bekalkan.

satu hari, posh, rakan sepengayuhan aku tak datang skool. ikut bapak dia gi amik keta datsun buah kana kaler maroon yang baru dibeli. yelah, keta baru.. sure nak gi amik sama2 satu family. boleh kuarkan kepala dari tingkap pintu belakang. biar satu kampung nampak keta baru dorang.

so, aritu aku tepaksa gi skool sensorang. gi kantin pun sensorang. balik pun sensorang gak. time tgh dok kayuh, tiba2 perut memulas pulak. ish.. kacau betul la perut aku nih. dah tu tak tau nak singgah mana nak melepaskan benda ni.

sampai satu rumah di kiri jalan iaitu rumah kawan aku, Aziah nama dia. aku stop basikal. terus lari menuju ke tandas yang letaknya kat tepi pokok pisang kat belakang rumah tuh. 1 minit.. 2 minit.. 5 minit berlalu. Selesai sudah. Alangkah leganya..

"Assalamualaikum.." aku memberi salam. "waalaikumsalam.." salam dijawab oleh seorang makcik. "Ye nak.. Aziah belum balik dari sekolah lagi.." tiba2 je makcik tu jawab. aku tak tanya apa2 pun kat dia."err.. mcm ni makcik. tadi saya guna tandas. tak sempat nak minta izin.. terima kasih eh makcik.."

dan.. makcik tu pun menjawab "sama-sama" dalam keadaan terpinga2. aku pun setat balik kayuhan basikal aku balik umah. lalalalalaa.. senang hati..

11 comments:

TiNiE said...

wakakaka...ko ni...sambung balik gelak..wakakakaka

apisz said...

hahaha..ada ke masuk tandas org dengan slumber nya....ingat tandas awam ke..wkakakakakkaa...

apisz said...

Keistimewaan Bau Ketiak Lelaki...
Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam ujikaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang...

Lepas ni boleh la bagi orang pompuan cium ketiak orang lelaki tanpa rasa bersalah...hahaha.

i.am.belle said...

hahaha hawau jadah!

Zeela LaLaLa said...

aku pegi balik skolah rendah & agama campur pulak tuition malam, kenape kaki aku tak runcing? konpius. aku salah kayuh ke?

pinkiss said...

tinie - gelak la gelak..

apisz - kat kampung aku takde tandas awam. tandas begerak je ada.
- itu dinamakan pheromon. err.. tumpang ketiak boleh?

belle - kaki ko runcing tak?

zeela lalala - bukan salah kayuh. salah basikal kot.

AQisH said...

siot jer ko ni tin oiiii..tp aku pon penah tumpang terkucil kat rmh kwn aku..masa tu dia tarak..tp i sempat mintak izin tawww :-p

guapunyahal said...

ada kah disebabkan gua deman mata kabur tau pun memang pinkiss punya blog ni gelap gelita... wei.. tak leh baca lar...

bell said...

hak hak hak deperate calls comes wit deperate measure.

ladybezz said...

hehehe... busuk sungguh! warna blog baru nie sedey ar.. tak brape

pinkiss said...

guapunyahal - ko tu tgh demam. sebab tu ko rasa golap je.

bell - akak tak paham omputeh.

ladybezz - aku tgh sedey. sebab tu blog kena sedey gak.