KAWAN²

Tuesday, March 31, 2009

Hilang sudah macho mu..


Aku suka perati pasangan lelaki dengan perempuan bershopping. Ada yang lelaki pilih barang untuk pasangan, macam tu juga sebaliknya. Ada yang lelaki cuma ikut belakang, dan angguk je pilihan pasangan. Ada jenis lelaki pulak, cuma tunggu pasangan kat parking keta.

Macam-macam la jenis lelaki ni.

Satu lagi, aku suka tengok lelaki menjinjit barang2 yang dibeli dek pasangan. Rasa macam sweet je. Bila tengok dorang bawak plastik beg, kiri kanan tangan. Pastu ikut jalan seiringan.

Wow.. alangkah sweetnya aku tengok. Ahahaa.. sebab aku suka lelaki tolong jinjit barang2 hasil sopingan aku. Aku cuma perlu jalan berlenggang sambil kepit henbeg. Lalalaaa..

Aku tak suka tengok bila lelaki tolong bawak henbeg. Arrghhh! Rasa macam pelik je. Mana ada lelaki bawak henbeg gua cakap lu? Eii.. gelik la.. Macam mana hensem, macam mana macho pun rupa lelaki itu.. sekali dia bawak henbeg.. hilang hensem macho tu semua.

apa pandangan korang?

ps - kalau ada sesapa yang terasa tu.. aku peduli hape? ada aku mention nama sesapa kat sini?? takde kan..

12 comments:

AQisH said...

hahaha..kiranya datuk i tu spesis yg u kata sweet tu tin oiii ;-)

a.b geldofg said...

kalau hping dgn aku..dgn ko skali aku pikul....penat aku msuk ko dlm trly

pinkiss said...

aqish - ha, sweet mcm orangnya jugak. laarriikk!

ab geldofg - ahaha.. kau memang cumil.

guapunyahal said...

kalau lu jalan ngan gua.. lu nak gua pegang apa..hehehe

luvluv said...

sweetnya laki aku... hikhikhik.. sweet & sour sebab terpaksa.. wakakaka

pinkiss said...

guapunyahal - pegang tangan aku. lalala..

luvluv - laki camtu mmg sweet kan.

Syed said...

The only times I kena pegang handbag my wife masa dia tgh try2 baju sambil I tunggu kat depan pintu cubicle tu cause dia nak tanya opinion. Mula2 segan gak tapi lama2 dah biasa.. hehe

vidadarisakura said...

yup!
aku paling x bole tengok lelaki bawa henbeg pompuan.

langsung tidak sweet.
sumpah fail.

haha

pinkiss said...

syed - itu diterima. ada alasan kukuh.

vidadarisakura - tak sweet tapi pahit amat.

ladybezz said...

yela.. aku pong x suke dgn lelaki tetiba jadi geli2 pegang handbag pompuan.. dah rupa jantan sesak.

amal said...

mmm..hubby i tk suker i bwk hanbeg...so,die lebih rela satu jer beg..yakni beg dierla...so 2 in 1..lagik senang..tkyah saya dok terkepit2. beg..:)

Anonymous said...

I like use viagra, but this no good in my life, so viagra no good.