KAWAN²

Friday, March 13, 2009

Tergolek Dok!


Dulu aku ada pakwe. Hahaaa.. dulu² la. Sekarang scandal je.

Dia ni bawak vulcan. Aku memang minat habis la dengan motor chopper handle tinggi cam beruk tu. Ekzos dia lak bunyi letup². Memang jadi kegilaan aku tu. Terasa diri macam erra fazira kejap. Pangg! perasan..

Satu hari, aku teringin sunggoh nak bawak motor. Aku pun pujuk² dia.. Dia tak kasik. Bahaya katanya. Lgpun aku xde lesen B full. Lesen haprak pun takde time tu. Aku cuma biasa bawak honda 70 milik bapak ku je.

Minum petang kat bandar baru klang. Aku berjaya memujuk dia untuk serahkan motor.Yieeehaaa! aku berjaya pujuk dia. Aku pun setat.. masuk gear. Yahoo! akhirnya aku berjaya bawak motor dia. Jalan melalui simpang depan jusco. Berhenti kat lampu merah. Depan tu ada bas park may. Lampu hijau. Aku pun masuk gear. Motor bergerak.. membuat U turn..

Tiba².. aku tak leh kawal handle beruk motor tu. Dan.. aku pun tergolek. Aku kontrol je.. Buat tak tau.. Takde luka pun. Sakit sikit je. Tapi malu mengatasi segalanya. Satu bas park may tu pakat ketawakan aku. Sial..

Sejak dari hari tu, aku hanya membonceng je. Sumpah.. dia tak kasik lagi aku bawak motor tu. Buat malu je katanya..

Sekarang.. aku dah tak minat motor chopper lagi. Bagi aku la kan.. chopper tu untuk orang malas je. Nama pun easy rider kan..

Aku dah bertukar minat kat kereta pulak. Selalu aku berangan kalau aku pandu subaru ke, lancer ke, evo ke, skyline ke.. apa² kereta yang laju bagai.. OH! alangkah indahnya..

Dah.. dah.. berangan je tak abis²..



10 comments:

guapunyahal said...

kalau ko naik motor beruk tu... bukan ke yg yg bawak tu pun sama beruk...hehehehehehe...jangan pang gua ....

pinkiss said...

guapunyahal - gua gak pang lu lah.. gua sayang lu..

apisz said...

aku ada honda... mau pinjam?

TiNiE said...

meh jom naik EVO aku meh..walopoooonn

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

hoit...

aku sgt suka evo!!

skyline...ahh..rasa semangat secara tetiba...

aduhai..

nak naik sayang?

aku curikkan sebiji..eh, maksud aku..aku pinjamkan jap...

pinkiss said...

apisz - honda apa?

tinie - oohoo.. ko drive aku duk sebelah je.

zara - tadi aku nampak lancer. tiba² darah gemuruh aku datang. kenape..

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

mungkin kau rasa keinginan yang tinggi mau naik?

mungkin tu~

a.b geldofg said...

pokaimak tu apa?

apisz said...

honda cup 70....muahahhahahhahaha

pinkiss said...

zara - nak naik dan nak memiliki.

pokaimak - takde $$.

apisz - jom. bawak aku pusing² naik moto ko.