KAWAN²

Thursday, March 5, 2009

100% Free of Carut..


(Menaip entry sambil tersenyum..)

Orang kata, kalau hidup takde masalah.. tu tak normal namanya. Hidup ni kadangkala terlalu indah.. kadangkala terlalu tak indah. Tapi bila tengah indah tu, adalah diingatkan agar tak lupa diri. Ingat la sikit benda yang tak indah yg akan mgkn atau bakal terjadi. Itu semua diluar jangkaan kita.

Bila yang indah tu dah berlalu.. dan yang tak indah itu datang. Amatlah perit rasanya. Mata macam dah tak boleh nak buka besar. Mata rasa sayu, kuyu macam ikan puyu. Dan, cuba la untuk kembalikan kehidupan seperti sediakala walau amat susah rasanya.

Cubalah buat sesuatu yang menggembirakan hati. HARUS DIINGATKAN.. Jangan sesekali memudaratkan diri. Bertindaklah secara rasional. Jangan ikutkan rasa hati. Bisa mati weii!

Antara perkara yang aku lakukan bila situasi ini kat diri aku.

1. Doa. Cuba amalkan dan hafal doa² untuk ketenteraman jiwa. Doa dijauhkan dari sifat marah.

2. Yoga. Dulu aku praktiskan yoga. Dalam 2 tahun juga la. Memang amat baik dan berkesan. Itu aku sendiri akui dan sendiri dapat rasa. Tapi sejak yoga diharamkan. Aku kena benti dari praktis tu semua walaupun aku rasa tak ada sikit pun unsur² ke arah terpesong. Dan, aku kena akur.

3. Blogging. Salah satu perkara yang aku lakukan. Menaip apa jua yang terlintas di fikiran aku. untuk dikongsi dengan pembaca. Dan, rasa puashati bila ada orang baca dan komen. Juga salah satu sumber untuk menenangkan jiwa.

4. Beli dan bela ikan. Semua ikan aku ikan kap yang berwarna oren dan atau keemasan. Aku boleh bediri depan akurium, tengok ikan berenang², tengok ikan berkejar²an selama yang boleh. Rasa teramatlah tenang.

5. Tanam sayuran. Setiap kali sebelum dan balik keja, aku akan tengok pokok² sayuran tu. Tengok kehijauan. Rasa tenang je hati, tenteram jiwa. Terbaru, aku tanam pokok timun and kangkung. Dan pokok² tu dah mula tumbuh. Rasa gembira tau.

Ni semua adalah TERAPI² yang aku lakukan untuk diri aku. Ke arah membina jiwa dan hati yang lebih tenteram.

ps ~ Carutan tu untuk selingan je sebenarnya. apa korang ingat? aku ni suka sangat ke memaki carut orang? Itu penyakit bulanan je lah.

APA PUN.. PUAKA TETAP PUAKA...


4 comments:

AQisH said...

ingatkan telenovela tadi hik² larik :-p

guapunyahal said...

tambah lagi satu... main guli

F A R Y N said...

lagi satu..MAKAN MAKANAN...hahaha

pinkiss said...

aqish - telenova kena kiv dulu.

guapunyahal - guli lagik..

faryn - ha, makan saje ko ni eh..